Dewi Lirik Lagu dan Kord Gitar Indonesia
Satu ketika akulah musafir
Menjejak maya di Padang Pasir
Di sana aku banyak berfikir
Memuji Tuhan yang sentiasanya hampir
Berdiri aku di padang nan luas
Di mana fikiran ku amatlah waras
Pasirnya bercahaya laksana emas
Banyak di sana unta dan kibas
Hari wuquf tiga hari lagi
Berkumpul di sini bakal-bakal haji
Akulah terpesona alam di sini
Alamnya panas dan sunyi sepi
Di alam yang hening amat nyata
Melawat ke sini bukannya berpesta
Musafir berkelana bersama keluarga
Tiga lelaki delapan wanita
Jabal Rahmah kami panjat
Batu-batu pejal kekadang menyekat
Di kemuncaknya berdoa ketika melawat
Mengharapkan Tuhan yang empunya rahmat
Ketika itu di sekelilingnya hening
Angin bertiup kat telinga mendesing
Panas terik dedaun kering
Rumput-rampai nampaknya keriting
Kayu tumbuh ditanam manusia
Ada yang besar dah meneduhi kepala
Aku terpesona usaha mereka berjaya
Di padang tandus kan menghijau pula
Aku menunggang unta nan besar
Maknya bersama dan sempat bergambar
Mujur unta tak berlaku kasar
Aku menyangka unta itu liar
Lama jua aku berdiri di sini
Memakan aiskerim ada jual di sini
Tentu sekali harganya tinggi
Tak apalah merasa sekali-sekali
Setelah hati merasa puas
Beredarlah meninggalkan padang yang luas
Hari wuquf oh datanglah lekas
Akan ke sini dengan hati nan ikhlas
Luasnya padang namanya Arafah
Gambaran Mahsyar berkumpulnya Kafilah
Ke sini menjadi tetamu Allah
Yakin, sabar, syukur dan tabah
Arafah, Mina, Muzdalifah dilihat
Di kemuncak Jabal Rahmah sempat bermunajat
Hanya sebentar dan balik cepat
Tegal hari ini hari jumaat
Oh Tuhan hidayat Mu ku ingini
Oh Tuhan rahmat Mu anugerahi
Oh Tuhan murahkan aku rezeki
Aku mahu ke sini lagi
2.25 pagi - 21 April 1992
Lirik Lagu dan Kord Gitar Indonesia Musafir - dinyanyikan oleh penyanyi, artis Gugusan Syair Alif Mokhter
Sajak, Syair lagu